Thursday 24 November 2011

wahh.... layannn.....

Wanita lamar lelaki amalan terpuji.

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya

Wednesday 23 November 2011

Pasukan Harimau Malaya terbaeeeekkkkk!!!!

hoorayy....yeah....yes....alhamdulillah..mcm2 ayt kite dgr kua dr pencinte tegar pasukan bola sepak negara bile dh mng emas kt sukan sea ritu....sian tgk hero2 kite b'tgkus lumus dkt 2j lbh kowt nk mmp'thnkn kejuaraan 2...cewaahhhh..... syabas!!!syabass!!!
biar pon lagu negaraku tidak dihormati d stadium bung karno,,,tetapi itu tdk mmberi sebrg impak kpd hero malaya untuk kemenangan m'sia ke atas indonesia 2....keh... sia2 je depa wat perkara yg bkn2 siap ngan kate2 kesat...
akhirnye......siannnn......frust ye??wakakakakaka(alamak t'kejam)....hu3
terima kasih skuad harimau malaya....hahahaha
thniah skali g coz dpt hadiah bsr dr gov... majulah sukan utk negara...^_^




i'm proud to b Malaysian....ngee..cayalah

Tuesday 15 November 2011

bisnes!!!bisnes!!!

hahahaha....(amboi sakan naa)...saje nk interprem psl bisnes....APAM POLKA DOT DOT...^_^
mule2 buat sbb suke mkn je...amek resepi kt facebook..bnyk kali gak cuba- mncuba...mcm2 rupe pnh jd,,,ad yg terlebih n ad yg terkurg...last2, alhmdulillah jd bisnes...bley la ckit2....hope leh tmbh pndptn g...ameennn

                                                                                            comey x???he3....

lagi....

                          ni la design sbnrnye...polka dot....

                          50 biji = rm 15...ekekeke

Wednesday 19 October 2011

orang zaman la nie....

MULUT ORANGGG~!

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ “ish,murahnye hantaran die,ni mesti sengkek ni!


KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ “ish,mahalnye?nak jual anak ape?"


KAHWIN UMUR MUDA ♥ “ish,muda muda dah khwin,ini mesti ade buat benda tak baik nie..tah-tah dah termengandung!"


KAHWIN UMUR LAMBAT ♥ “ish,dah tua baru nak khwn,tu la muda muda tak nak khwn,org da beranak pinak dia br nak khwn..tak laku kot!"


KAHWIN BUAT KECIK ♥ ”ish,ni khwn ke ape?kedekutnye,makanan pun enth pape bukan selalu buat lah besar sikit !"


KAHWIN BUAT BESAR ♥ “ish,besarnye majlis..kalah anak DATUK nak berlagak la tu,macam anak die je nak khwn kat dunia ni !"

haisshh.. kawen mengate, xkawen pun mengate.. Ape pun x bolehhh..hahahaha....manusia2...

PUKAU!!!

Slm.....

Lm x storymory, tup2 nk cite psl pukau plak...huhuhu....
selama ni ak dga cite kwn2 ngan jiran2 je.... skunk dh jd btl2 kt family ak....
Sian mak ak, apakan daya kudrat seorang wanita yg b'gelar ibu.... Nk di jadikan cite,selalunya
kalo ad direct selling, mak ak x pnh lyn @ dlm kate lain 'mls' nk amek pot.huhuhu....tp tggal 18.10.2011 mmg sadis la..... mak ak kene pukau ngan 2 org cine..abes brg kemas dkt 5 ribu lbh gk.... dh ptg baru mak ak igt yg die dh bg brg kemas die kt cine 2.....adoyai....nk report polis pon cm klaka je.... sudahnye redha jela....
mak ckp kalo bnde 2 nk ilang,,,,,,,ilang gak....tp nmpak gak kesedihan yg mak cube smbunyikan dr kami...
insyallah mak,,,nant kami adk beradik gant...aminnnn......jgn sedih2, we will support u alwize....

Thursday 6 October 2011

perggghhhhh......sabO jela...

Assalamualaikum sume.........
khabar baik or khabar buruk???huhu...... Mood anda g mn si....Smiley

keje? enviroment? kwn2? sume ok??? sp rs dh bosan ngan keje die skunk??EmoticonEmoticon

penah x terfikir,,,,np ak x dpt keje gomen g?? np keje skunk membosan dan menyemakkn??huarrrhhhhhh.....stressss.....

igt 1, sbnrnye rezki,jodoh dan pertemuan adalah di tgn Allah SWT.. So kite kene bersyukur ngan ape yg kite ad skrg...msh rmai graduan2 kt lua 2 yg mgganggur.... saba 2 kn separuh dr iman...he3Blushing Smiley


cewaaahhhhh....kate2 ni dituju khas kpd cik lia kite.....jgn stress2,,lumrah idop k...chaiyokk2

Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.orgSmiley

Tuesday 4 October 2011

HIPOKRIT???

Salam...


Jom smbg2 psl topik ni... 'HIPOKRIT'...Bunyinya agak 'keras' & pasti maknanya pun agak 'keras' jugak kn?  aku rs mesti korg pun dh besa @ dh bosan pon dgr perkataan ni kan? Dari pemahaman aku, hipokrit ni mcm perbuatan atau sikap manusia yg mna menunjukkan sikap yg BUKAN sikap/sifat sebenarnya. Atau, dlm erti kata lain, manusia yg b'pura2 bersikap baik di dpn org lain agar sume org  menaruh kepercayaan pdnya atau memuji kebaikan yg dia tunjukkan itu. Walhal, pd hakikatnya dia tak la sebgitu orgnya.(ayt copy paste)...haha! lebih kurang camtula kan. iyala hati manusia ni kita tak tahu.  Rambut je sm hitam, tp hati lain2.   Tp, klu rambut yg kena "dye" lain2 kaler tu camana arr? wakakaka ...


sikap hipokrit ni btl2 wujud ke?? Tp semua manusia ad sikap 'HIPOKRIT'...tp, macam mn nk handle perkara 2?? ermmm.......semuanya adalah datang dari dalam diri masing2...camne kite nk mengelakkan orang terus memandang kita 'MANUSIA HIPOKRIT'...seboleh2nya....
Kadangkala tu, kita terlalu menjaga perasaan orang lain.Kita semua pernah alami satu tahap, satu keadaan, di mana kita terlalu menjaga perasaan orang di sekeliling kita.Hingga mengabaikan perasaan sendiri.Mengalah, berdiam diri, berbohong, hanya untuk menjaga perasaan orang lain. itupon leh jd hipokrit kn..ssh gak 2...huhuhu...


so, kwn2 pe kate kite share pndpt msg2....tanpa prasangka, tanpa emosi...let's talk about it nicely! 


lol!